Memperkenalkan blog baru…blog ini lebih kepada ruangan2 yang lebih santai…lebih kepada penceritaan kisah hidupku…tujuan utama blog tersebut dibuat untuk membiarkan konsep blog ini yang mengutamakan puisi-puisi sebagai post utamanya…
Salam Perkenalan buat semua!!!
Archive for Disember 16, 2010
Perubahan ‘post2′ aku kali ini menunjukkan transformasi gaya penulisanku di blog ini…jika dulu penuh dengan karya-karya puisi mengapa sekarang aku menulis blog dengan cara-cara sebegini? Hmmm…mungkin aku perlu membuat satu lagi blog…dan biarkan blog ini kekal dengan Diari Puisi??? Apa kata anda???
Tamat sekolah…umpama satu rasa yang berbelah bahagi…gembira? sedih? macam2 ada…umpama rojak…
Gembira kerana tiada lagi memakai baju seragam sekolah…hehehe
Sedih…mungkin perasaan yang paling utama…pelbagai kenangan di sekolah, di situlah tempat kita mengenal erti hidup…di sekolah itu jugalah mengubah segala-galanya bagi diriku…mungkin terlalu banyak kenangan membuat hati menjadi sayu meninggalkan sekolah yang tersayang…(sering mendengar lagu Sekolahku nyanyian UNIC)
hampir seminggu aku telah tamat SPM…subjek terakhir Biologi pada 8 Disember 2010…
SPM? Mungkin ramai yang suka bertanya…susah atau senang…tapi bagiku, sudah menjadi adat peperiksaan, ada yang senang, ada yang susah…yang penting kita sudah berusaha…selebihnya bertawakal kepada ALLAH…Insya Allah…
“hmmm…hendak bawa diri pun ke mana sangat laa…haih…menunggu lesen kereta…lepas tuu nak bawa diri ni jauh2 sikit…biar hati kembali ceria…
(merantau mencari kebaikan)
ketahui kisah ‘Twitter’ku di bahagian kanan blog ini…
berpijaklah di bumi nyata wahai diriku,dah trlalu lama celik mata fikirn di fantasi…usah lagi teruskn mimpi2 itu..sukar untuk jd realiti..
pergi aku membawa diri,
biarkan yang ada ditinggalkan di sini,
jauhku pergi usah dipeduli,
biarku tenangkan diri….
