Category: Bait Puisi Keindahan Bahasa


kerna silapku…

ketika itu,
di kala itu,
aku umpama tiada rasa,
penting hati dari terluka,
ku luahkan segala kedukaan,
ku dedahkan segala kelukaan,
semua tentang diriku,
semua tentang hatiku,
tidakku tahu,
kerana sikapku,
ada yang lebih terluka,
menyiksa jiwanya…
maafkan aku…

walau SPM belum tiba,
tapi ku rasa perlu ku fikirkan jua,
kerna itu menjadi penguat jiwa,
menghadapi ujian bakal tiba…
ramai sudah ku berguru,
semuanya hebat-hebat belaka,
begituku sanjungi mereka,
tak pernah jemu mendidik anak bangsa,
kehebatan mereka tidak dijangka,
mungkinkah suatu masa,
suatu ketika,
ku berada di takhta mulia mereka…
citaku untuk menjadi seperti mereka…
mungkinkah??

sebuah puisi melambang rasa,
mengenang memori terpahat di jiwa,
“Memori Fatamorgana” di deklamasi bersama,
Farah Lyana teman deklamator,
bakat terpendam terpancar jua,
suara mencair jiwa,
Wan Zafran menyusun idea,
susunan gambar penambah perisa,
Pn. Aidal guru pembimbing sentiasa,
memberi nasihat begitu berguna,
Pn. Rashidah menyusun kata,
nukilannya indah di rasa,
Seri Tanjung nama pena,
terpaut, teringat sentiasa setiap bait kata,
sebuah pengalaman begitu beharga,
takkan ku lupa…
Terima Kasih semua…

sedih rasa di hati ini,
Ramadhan kini melangkah pergi,
bulan rahmat diberkati Ilahi,
bisakah bersua kembali???
Sayu hati mendengar takbir raya,
dalam gembira merai kejayaan sebulan berpuasa,
moga amal ibadat diterima Yang Maha Esa…
Salam Aidilfitri buat semua
maaf zahir batin…..

Tumpahnya dalam puisi

Tidakku tahu untuk meluahkan rasa,
perasaan tertutup oleh keegoan,
lafaz tersimpan, terbuku di jiwa,
meski hati meronta,
ku harap dikau tahu,
walau tiada luahan rasa,
walau hanya bisu dan sepi,
ketahuilah, luahan perasaanku tertumpah dalam puisi…

Cinta

usah di agungkan cinta itu,
usah mendabik dada kerana dalamnya cinta itu,
usah terus lena dalam belaian cinta,
kerana cinta…
hanyalah perasaan yang dipinjamkan Tuhan,
yang bisa ditarik jika dikehendaki-Nya…

idea yang ku peroleh dari drama siri > Syurgamu Ramadhan..

seindah lafaz,
semanis kata,
tiadalah guna,
jika hanya dusta…
sebuah luahan rasa,
mengubah kisah yang tercipta,
saat berlalu tanpa kata,
kini terus sepi,
hanya dikenang dalam jiwa….
teringin untuk merindui dan dirindui,
teringin untuk mengingati dan diingati,
teringin untuk mengasihi dan dikasihi,
teringin untuk mencintai dan dicintai,
tetapi,
saat itu belum tiba lagi…
aku menafikannya,
tapi hati masih mahukannya,
hipokritku pada diri,
cuba menidakkan realiti,
ahh…
kenapa perasaan ini…
harus datang pada saat begini?
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.