(Ya Rasulullah…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu…
Nyanyian: In-Team
Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan
Album : Tiada Lagi Kasih
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Sumber : http://liriknasyid.com
Kiriman : munirah_smssm@hotmail.com
-lagu yang sering membuatkan diriku kembali mengingati Rasulullah, menyingkap kembali detik akhir kehidupan baginda. Lagu ini juga membuatkan aku ingat akan kematian yang merupakan perkara yang berlaku kepada semua manusia yang hidup di muka bumi ini-