idea yang ku peroleh dari drama siri > Syurgamu Ramadhan..
Tag Archive: puisi Islam
usah di agungkan cinta itu,
usah mendabik dada kerana dalamnya cinta itu,
usah terus lena dalam belaian cinta,
kerana cinta…
hanyalah perasaan yang dipinjamkan Tuhan,
yang bisa ditarik jika dikehendaki-Nya…
Dalam meniti kembara hidup,
di ruang persinggahan sebentar,
kenangan, pengalaman terus ditempuhi.
Aku…
insan lemah mengabdikan diri,
pada Allah Rabbul Izzati,
mencari kasihNya agar diberkati.
Andai…
Esok atau lusa langkah ku terhenti,
ku harap,
pemergianku diredhai,
kirimi aku doa ikhlas dari nurani,
agarku di tempatkan di kalangan,
Insan Dirahmati…
apa maknanya Cinta,
jika diriku terseksa,
apa maknanya Cinta,
jika perlu ku menipu diriku,
apa maknanya Cinta,
jika aku makin lagha dari jalan-Nya,
apa maknanya Cinta,
jika sukar menemui bahagia,
kerna itulah,
Cinta Ilahi yang kucari,
agar iman utuh di hati,
moga hidup diberkati,
rahmat-Nya kuharapkan kini,
doa dan tawakkal ku beri,
agar berjumpa Cinta Sejati…
Palestin,
langitmu sentiasa merah,
luka berdarah, bercampur semangat keberanian,
duniamu sentiasa gelap,
Zionis durjana membayangimu,
menjajahimu tanpa naluri insani.
Palestin,
beribu jihad wargamu,
bermandi darah, bermain senjata,
demi mencari sebuah kemerdekaan,
namun,
sengsara masih berterusan,
tapi janganlah mengalah,
mungkin suatu hari,
kan muncul seorang pahlawan,
membebasmu dari belenggu ini,
mengulangi sejara Salahuddin Al-Ayyubi.
Palestin,
mogamu bebas…
-22/12/2009-
-myrul-
Dingin malam menusuk kalbu,
dalam tenang angin berlalu,
sepi tanpa sebarang kalimah,
sunyi tanpa sebarang kata,
tapi pernuh dengan rasa,
penuh dengan makna,
kerna ini malam terakhir,
coretan sebuah detik masa,
tatkala esok menjelma,
sebuah lembaran baru akan bermula,
itulah coretan malam sebuah hijrah…
-11.59 p.m 17/12/2009-
-myrul-
Rentak irama hati,
gelora kencang,
dahagakan seribu pengertian,
mengimpikan kesempuranaan,
bisu hati tanpa nada,
tanpa rahmat dan kasihNya.
Alunan hidayah menusuk jiwa,
mengalun not-not cahaya,
mentafsir lagu pengampunan,
mengirama zikir taubat,
yang mententeramkan jiwa,
kalam indahNya menjadi lagu,
tajwid dan tarannum menjadi irama,
menghibur hati,
mendekat diri pada Ilahi,
membentuk simfoni hijrah insani…
-14/12/2009-
-myrul-
Alunan irama mesingan memecah sunyi,
diselangi deruman bom dan peluru bertaburan,
pekik laungan, tangis hiba,
disebalik mentari merah dibasahi darah,
anak-anak muda itu tidak gentar,
memainkan instrumen di tangan,
menari tarian perang,
di medan tanah pertumpahan darah,
walau nyawa dipertaruhkan,
erti gentar tidak terselit,
demi mencari erti kebebasan,
dari rantai anjing yang menjajah,
membebas diri yang terkurung,
dalam tanah sendiri,
biar berkubur,
maruah agama penguat diri,
mengagah tubuh,
dengan laungan Allahu Akbar!!!
Mencipta lagu,
mengirama semangat,
dalam simfoni jihad…


