idea yang ku peroleh dari drama siri > Syurgamu Ramadhan..
Tag Archive: puisi kehidupan
usah di agungkan cinta itu,
usah mendabik dada kerana dalamnya cinta itu,
usah terus lena dalam belaian cinta,
kerana cinta…
hanyalah perasaan yang dipinjamkan Tuhan,
yang bisa ditarik jika dikehendaki-Nya…
hilangkan kenangan itu daripadaku,
kerna kenangan itu hanyalah meracuni hidupku,
tidak sanggup lagi untuk terus menyeksa jiwa,
kerana kenangan yang tidak bisa berulang semula,
walaupun setinggi mana harga sebuah kenangan silam,
terpaksaku hapuskannya,
kerna itulah jalan untukku tidak terus hampa dan kecewa…
inginku pergi jauh,
sejauh yang mungkin,
menunggu saat untuk pergi…
ya…
masa itu akan tiba…
aku mungkin akan pergi,
pergi untuk berhijrah,
dari satu ke satu tempat,
pergi untuk berubah,
mengubah sikap dan pemikiran,
dan jika ditakdirkan,
untuk aku pergi kembali kepadaNya,
walau bila-bila masanya,
aku terpaksa redha,
ampunkan dosa-dosaku,
doakan kesejahteraan aku,
agar pergi ku dari alam ini ke alam kubur,
dalam keadaan sejahtera…
rinduku pada kenangan lalu,
inginku pulang ke masa itu,
walau tak berharga,
namun masih dianggap indah-indah belaka,
kecamuk hati ingin pulang ke masa itu,
meniti detik bermakna,
ku cuba bermimpikan saat itu,
namun terjaga ku dari mimpi seketika,
ku cuba bayangkan,
namun hilang dalam lamunan…
ahhh…
betapa seksanya jiwa,
kenangan indah yang patutnya tersemat di jiwa,
menjadi racun pula…
hidupku tidak seperti yang dirancang,
tak cemerlang seperti yang diangan,
tak indah seperti yang dibayang,
tak bahagia seperti yang diharap,
namun,
aku pasrah dan redha,
kerna itulah ketentuan Tuhan…
luahan rasa didengari,
masalah menjadi sangsi,
akal mentafsir,
hati menilai,
pendapat ku beri,
nasihat ku susuli,
namun,
kenapa di akhirnya…
Aku yang di perSALAHkan???
malam ini,
rasa sedihku menyelubungi hati,
sepi terus bertarung di hati,
jiwa bertahan dari mati…
jauh di sudut sanubari,
ego masih menguasai,
kerna aku adalah lelaki…
ego ku menjadi rapuh,
terasa ingin menangis sepuasnya,
walaupun,
tak ku tahu perkara yang menyedihkan hati ini…
Indah benar kilauan permata,
menjadi idaman di hati,
di saat cinta yang buta menguasai,
nafsu menjadi pegangan diri,
berderailah permata,
kosong nilai,
tiada harga,
umpama kaca biasa,
yang indah namun,
penuh derita…
jika hari ini kita gagal membantu,
pastikan hari esok akan membawa kejayaan,
jika kegagalan hari ini berlaku,
biarkan dunia tersedar dari lamunan selama ini,
jika sebelum ini dunia belum bersatu,
moga dengan kegagalan ini jalinan akan berlaku,
sebuah reformasi mencetus revolusi,
bukan kata retorik yang disampaikan lagi,
tindakan yang perlu dilakukan kini…
andai satu dihantar gagal di akhiri,
kan dua lagi dihantar meneruskan misi,
andai dua nyawa hilang ditangisi,
kan empat nyawa membalas perbuatan kejam sebegini…
