Tag Archive: puisi motivasi
Katamu ia nikmat,
katamu ia nampak hebat,
tapi,
kurasa begitu cetek fikiranmu,
wahai perokok…
Takkah kamu sedar,
takkah kamu kamu fikir,
mengapa racun disumbat di bibir,
mengapa asap disedut?
Ketagihkah mu…mengapa?
Nikotin buatmu begini?
Tapi kenapa kau cubanya dahulu?
Kerna pengaruh rakan kata mu,
kerna nampak hebat kata mereka,
memanglah dirimu manusia alpa,
lupa untuk syukur,
atas nikmatNya…
Sedarkah kamu?
Racun di bibirmu itu mampu membunuh,
membunuh duit, membunuh kesihatan,
menyemai dosa, sakit…dan mungkin mati!!!
Wahai manusia alpa,
celikkan mindamu, bukalah hatimu,hindarilah racun dibibir itu, yakni rokok punca pnyakit…
-22/12/2009-
-myrul-
-puisi yang kutulis cuba mentafsir kekeliruanku pada perokok2, mengapa mereka masih menghisapnya? walhal pelbagai penyakit jelas akan menyerang mereka. Salah seorang yang begitu rapat dalam hidupku juga adalah golongan ini-
-14/12/2009-
-myrul-
merundumkan kalbu…
aku,
melihatkan dosa-dosa yang lalu,
terpana akan kekhilafan ku..
aku,
hanya insan yang mencari redha mu ya allah..
berjuta kesilapan ..
bernoda dengan anasir hitam..
bergelumang dosa,
yang aku sendiri,
banggakan ,
suatu ketika dahulu..
mungkin caraku salah,
mencari petunjuk diceruk-ceruk,
dunia hitam,
padahal,
syurga dunia hanyalah sementara,
atau penjara yang paling indah,
ciptaan allah yang maha esa…
manusia,
seperti aku,
diperlihatkan dengan,
ilham duniawi …
aku..
tidak..
akan terpengaruh lagi..
aku dambakan hidayahmu ya allah..
aku rindukan syahdunya pahalamu ya allah..
aku menanti redha dunia yang abadi..
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..
kini,
impianku lebih jelas..
menanti syurga yang hakiki,
berlandaskan jalan,
yang KAU redhai..
ya Allah…
-musz @ si pari-pari-
-puisi ini ditulis lahir bersama-sama ‘Puisi Hidayah’ yang dikarang terlebih dahulu-
-musz @ si pari-pari-
-puisi yang sempat aku terima daripada sahabatku mustaffa emir ataupun nama penanya si pari-pari sebelum dia menghadapi 2009-


