Tag Archive: puisi persahabatan


kawan,
aku tidak kisah untuk kamu berkongsi masalah denganku,
aku tidak teragak-agak membantumu jika perlu,
aku tidak kisah menceriakanmu tatkala dukamu…
tapi…
kenapa kawan?
tatkala aku perlukanmu,
kamu hilang dari hidupku…
hilang kamu, pergi tanpa hiraukan aku…
apa yang aku mahukan,
hanyalah…
ruang untuk aku kongsi masalahku pula,
apa yang aku perlukan,
gembirakan aku tatkala aku berduka,
hiburkan aku apabila aku kesunyian,
kawan…
maafkan aku,
jika dalam masa kita berkawan,
gurauan ku melampaui batasan,
mengguris hati mu kawan,
mungkin inikah balasan…???
2009 telahpun meniggalkan kita,
pergi buat selamanya,
tak mungkin kan kembali semula,
yang tinggal hanya,
cebisan-cebisan kenangan,
tika duka, tika gembira,
menjadi pengalaman,
menjadi renungan,
buat kita semua,
Selamat Tinggal 2009…

4 Sains 1

terima kasih kepada semua,
yang banyak membantu,
terutama dalam pelajaranku…

Kelab Pusat Sumber

terima kasih kepada semua,
segala kenangan,
duka gembira bekerjasama,
menjadi,
permata kenanganku…

BSM 09

peristiwa dulu,
mengajar diriku,
erti mencuba sesuatu yang baru,
berdisiplin, memimpin,
takkan ku lupakan
sepanjang hayat ini…

Kelab Hoki

tak pernah ku fikir,
bersama kalian ini,
pengalaman ini,
menambah kenalan diri,
menambah pengalaman di hati,
terima kasih rakan-rakan hoki…

Pengawas Pusat Sumber 2009

Pengawas pusat sumber sekolah,
kalian kawan, kalian rakan,
umpama famili,
pelbagai ragam hiburan hati,
duka tawa, bangga kecewa,
diselangi sentiasa,
seribu pengalaman takkan dilupa,
di hati disemat sentiasa…

-salam 2010…sapaan mesra dihulur tanda ingatan…diharap tahun 2010 memberi corak warna baru dalam perjalanan hidupku-

Andai masa itu bisa berulang,

Ingin ku kembalikan masa itu,

Kembali membetulkan apa yang ku lakukan,

Kerana,

Perbuatan itu yang menghantui aku,

Membelenggu bak rantai besi,

Menghalang seperti tembok batu,

Untuk aku,

Menghadapi apa-apa yang baru.

Semuanya kerana saat itu,

Tindakan bodoh dek kerana

Perasaan tidak berakal

Meluahkan isi yang tidak sepatutnya,

Mencemar erti sebuah persahabatan,

Menghancurkan sebuah perasaan,

Menimbulkan rasa kejanggalan,

Hati menjadi layu dan sayu,

Mengenang cerita sebuah penyesalan,

Akibat masa lalu,

Tinggal sebuah harapan,

Yang tidakkan kunjung tiba,

Untuk kembali ke saat itu,

Membetulkan apa yang telah berlaku.

-myrul-
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.